UJSB

UJSB BERHUTANG DENGAN TABUNG HAJI SEBANYAK RM2.6 Billion TANPA JAMINAN KERAJAAN!!!!!

Berapa kali nilai RM2.6 Billion menjadi nombor yang memgejutkan negara. Sebelum ini Najib, bekas PM dikaitkan derma dengan jumlah sama.

Hari ini Dewan Rakyat digemparkan dengan jumlah sama tetapi kisah berbeza. UJSB anak syarikat milik kementerian kewangan telah berhutang RM2.6 billion kepada Tabung Haji dengan tempoh bayar balik 7-9 tahun. Yang lebih mengerikan ialah hutang tersebut tidak dijamin oleh kerajaan. Sesuatu yang dibanggakan oleh menteri agama di zaman PH.

Beberapa isu yang menjadi kegusaran pendeposit Tabung Haji dan rakyat ialah kemampuan UJSB membayar hutang, jika tak mampu bagaimana dengan duit pendeposit yang dipinjamkan itu? Kenapa tiada jaminan dari kerajaan? Apakah perancangan kerajaan PH sebenarnya?.

Nampak kalut kan.. nampak serabut dan kacau. Tu baru 22 bulan. Bayangkan kalau 22 tahun. So gais, jangan lupa janji kita. KASI BENAM PH DI PRU15

Assalamualaikum.

Assalamualaikum

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penuhi Hak Orang Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنْ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW: “Semua hak itu pasti akan dipenuhi (dibalas) pada hari kiamat kelak, hingga kambing bertanduk pun akan dituntut untuk dibalas oleh kambing yang tidak bertanduk (kerana patah).”(HR Muslim No: 4679) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan ‘pernah’ luput dari pengawasan Allah SWT. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dariNya dan setiap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, Allah tidak akan membiarkannya begitu saja, semuanya perlu ‘ditebus’ di akhirat nanti.

2. Kezaliman yang tidak selesai semasa didunia (tidak mendapat kemaafan atau balasan yang sepatutnya) akan terus berlanjutan dan akan diputuskan nanti di hari kiamat di hadapan Allah. Sekecil manapun kezaliman itu. Bahkan kezaliman seekor kambing yang menanduk kambing yang lainnya akan diadili oleh Allah.

3. Jika kezaliman yang dilakukan pada haiwan akan diadili oleh Allah di hari kiamat, maka apatah lagi kezaliman yang terjadi di antara manusia sudah pasti lebih layak untuk diadili dan diberi balasan sewajarnya.

4. Berusahalah menjaga hak orang lain yang menjadi tanggungjawab kita.

5. Tunaikanlah amanah dan tanggungjawab yang diberi kepada kita yang merupakan hak orang lain terutama kepada orang yang menuntutnya. Jangan sekali-kali berlaku zalim dengan menafikan hak mereka atau menganiaya mereka.

Salam ukhwah buat semua